Malu - Malu mana Nak letak Muka - Ahli Parlimen BN Ampang nafi khalwat...Mahkamah Syariah tetapkan 14 Nov tentukan status cerai


Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Dr Rozaidah Talib,kanan sekali...sebelum acara menaikkan bendera Jalur Gemilang di majlis sambutan Merdeka ke 50 tahun di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur Khamis malam.

Ahli Parlimen Barisan Nasional kawasan Ampang,Selangor Dr Rozaidah Talib menafikan desus desus hangat mengatakan beliau ditangkap khalwat di sebuah hotel di KL Selasa.

Desas desus itu tersebar sejak Selasa malam dan berterusan hingga Khamis. Agendadaily turut menerima panggilan dari sebilangan orang politik yang hendak tahu kebenaran desas desus itu.

Ia dihangatkan lagi bila laman web Harakahdaily petang Khamis menyiarkan laporan memetik sumber sebagai memberitahu seorang wakil rakyat wanita telah ditangkap berkhalwat kerana berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrim di sebuah hotel terkemuka di ibu negara beberapa hari lalu.

Serbuan ke atas wakil rakyat kawasan Selangor itu dikatakan dilakukan oleh suaminya sendiri.
Agendadaily kebetulan terserempak dengan Dr Rozaidah dicelah keramaian majlis sambutan Merdeka di Dataran Merdeka Khamis malam.

Beliau nampaknya faham dan tahu maksudnya bila ditanya ' betulkah?' dan lantas jawab dengan nada sebak dan bersungguh-sungguh, "tidak...tak benar".

Agendadaily tak sempat tanya lanjut padanya lain-lain hal berkaitan desas desus itu kerana kesesakan orangramai di situ.

Harakahdaily memetik sumber sebagai berkata serbuan dan tangkapan keatasnya dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri setelah mendapat maklumat daripada orang ramai dan difahamkan penangkapan itu tidak disertai oleh anggota penguatkuasa agama tetapi telah dimaklumkan kepada pihak polis.

Sumber turut memaklumkan bahawa suami wakil rakyat tersebut akan menfailkan perceraian ke atas isterinya itu di Pusat Islam dalam masa terdekat ini.
Menurut laman itu lagi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bahagian Gombak dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) termasuk Balai Polis Jalan Tun Razak dan Sentul telah dihubungi namun sehingga kini pihak yang berkenaan tidak dapat memastikan atau mengesahkan tentang laporan penangkapan itu

Sementara itu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari Khamis menetapkan 14 November bgai menentukan status perceraian Dr. Rozaidah.

Ini berikutan permohonan suami Ahli Parlimen itu, Radzmi Othman memohon pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya yang dilafazkan beliau di rumah mereka, bulan lalu.

Radzmi, seorang pengurus bank melafazkan cerai terhadap Dr Rozaidah, 44, yang juga seorang doktor gigi di A M-26, Jalan Bakubang Dua, Taman Setapak,Kuala Lumpur, pada 8 Julai lalu dengan berkata: “Saya dengan ini menceraikan isteri saya, Rozaidah Talib”.

Radzmi (plaintif) yang diwakili peguam Zaini Zainol, bagaimanapun tidak hadir dalam prosiding itu kerana kurang sihat.

Zaini berkata, beliau dilantik oleh plaintif dua hari lalu dan diberitahu anak guamnya bahawa dia menceraikan isterinya dengan talak satu.

“Saya juga dimaklumkan bahawa beliau sudah membuat permohonan untuk rujuk semula dengan isterinya pada 11 Julai lalu,” katanya.

Rozaidah (defendan) bagaimanapun dalam tuntutan balas yang dikemukakan melalui peguamnya, Ahmad Nazib Johari memberitahu mahkamah, Radzmi menceraikannya dengan berkata: “Aku ceraikan kamu dengan seberapa talak yang mungkin”.

Difahamkan, lafaz cerai yang dikemukakan plaintif itu bermaksud talak satu, manakala pihak defendan menyifatkannya sebagai talak tiga.

Dr Rozaidah yang berbaju kurung hijau dan bertudung hitam hadir di mahkamah dengan ditemani abangnya dan suami pembantu peribadi beliau.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 30 Januari 1988, dikurniakan lima anak iaitu Elena, 19; Yasmin, 16; Haris, 14; Myra, 10 dan Aliza, 7.

Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin menetapkan 14 November ini untuk perbicaraan menentukan lafaz perceraian itu.

Terdahulu, Mohd Yunus berkata, beliau tidak dapat mendengar perbicaraan kes berkenaan semalam kerana suami defendan tidak hadir di mahkamah, selain dakwaan lafaz perceraian yang berbeza oleh kedua-dua pihak.

“Saya perlu menetapkan tarikh perbicaraan lain bagi menentukan status perkahwinan pasangan berkenaan dengan mendengar keterangan suami defendan,” katanya. .- 30/8/2007



No comments:

Post a Comment