Azmin Ali kebencian rakyat Selangor – Anwar nafi perpecahan???

October 21, 2009 by admin

Anwar bertambah gusar dengan keretakan kepimpinan Pakatan Rakyat dan membuat sidang akhbar bagi meyakinkan rakyat bahawa tidak ada sebarang keretakan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat. Kenapa Anwar perlu memberikan sidang akhbar untuk menafikan perkara berkenaan sekiranya ianya sememangnya tidak berlaku dalam kepimpinan mereka.

Apakah Anwar dapat menutup lagi keretakan kepimpinan PAS dan juga PKR di Selangor .



Ura ura UMNO akan memberikan laluan kepada Hassan Ali selaku MB Selangor kini bertiup bertambah kencang di mana perbincangan sudah dikatakan sampai ke peringkat persetujuan dan hanya menunggu masa yang baik untuk BN dan Pas menubuhkan kerajaan.

Api kemarahan rakyat Selangor terhadap Azmin Ali kini memuncak dan Azmin yang dikatakan keras kepala dan sombong kini menjadi buah mulut ahli ahli PKR yang rata rata telah bosan dengan sikap beliau.Pengaruh PKR di Selangor kini berkurangan . Azmin yang sentiasa memberikan alasan sibuk kini tidak berani menunjukkan muka di kawasan Parlimen beliau kerana tidak menepati janji pilihan raya dahulu. Pastinya apa yang dihajati oleh Hassan Ali selama ini untuk menjadi MB Selangor hampir pasti tercapai.

No comments:

Post a Comment