Saya buat kerja untuk No.1

oleh: sap

Tolong jawap sekejap siapa pemimpin yang membayar "wang" untuk mencatur politik dalam cawangan sendiri? Menurut ahli-ahli yang pernah di dalam cawangan tersebut dahulu, Ketua Cawangan ini nampak macam baik sahaja, cakap "saya tak kisah siapa pun nak dipilih" - tapi melihat kepada screenshot dibawah ini timbul tanda tanya kepada ahli-ahli lain.






Suara Ampang Point berkesempatan berjumpa dengan ahli-ahli wanita cawangan tersebut dan bertanyakan hal yang di atas ini. Jawapan yang agak mengejutkan didengar oleh SAP.

"Ala..ketua cawangan tu didepan aje cakap macam itu, hari tu masa mesyuarat wanita, ketua wanita siap bawak keluar senarai panjang AJK yang nak dilantik malam tu, katanya ini arahan daripada ketua cawangan"

"Malam sebelum itu, ketua cawangan cakap sesiapa pun boleh bertanding untuk ketua wanita"

"tup-tup malam ni cerita lain la pulak, terdiam kami malam tu, akak terus tak jadi nak calonkan ketua wanita baru" - ujar beberapa orang wanita di cawangan tersebut.

Umno Bahagian Ampang perlu menyiasat jika benar berlaku rasuah wang dalam pemilihan AJK di cawangan tersebut. Ini sangat penting kepada Umno Ampang untuk dilihat menyahut seruan Umno Perhubungan dan Umno Pusat yang mahu segala kes-kes politik wang disiasat.

No comments:

Post a Comment